Welcome to My Blog

Any comment go to Makal56@yahoo.com

Powered By Blogger

Pages

Tuesday, March 16, 2010



Rasuah

Rasuah merupakan suatu jenayah atau kesalahan undang-undang dimana seseorang mendapat kebebasan, kontrak atau keistimewaan (favours) dari pihak berkuasa atau sesebuah syarikat selepas memberi wang, hadiah, keraian kepada pihak-pihak tersebut. Menurut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia terdapat empat kesalahan rasuah yang utama:
Meminta/Menerima Rasuah
Menawar/Memberi Rasuah
Membuat Tuntutan Palsu
Menyalahguna Jawatan/Kedudukan
Pemberian rasuah jika tidak dibendung akan mengakibatkan banyak masalah sosial kerana undang-undang tidak akan dipatuhi dengan sepenuhnya. Maka kegiatan jenayah dan ketidakadilan akan berleluasa. Rasuah di kalangan penguatkuasa adalah perkara biasa di kebanyakan negara pengeluar petroleum dan negara miskin terutamanya di Amerika Latin.
Politik wang
Politik wang ialah istilah rasuah bagi perlakuan mengunakan wang ringgit dalam pertandingan atau dalam mempengaruhi seseorang ahli atau perwakilan bagi meraih sokongan terhadap seseorang calon yang bertanding merebut jawatan yang dipertandingkan.
Secara mudah adalah wang tunai diberikan kepada pengundi bagi mendorong mereka mengundi calon berkenaan. Selain wang, pemberian berbentuk hadiah, barangan seperti kain pelikat / kain batik, dan pemberian tender atau kontrak tertentu jika bertujuan mempengaruhi pengundi, juga digolongkan sebagai politik wang.
Indeks Persepsi Rasuah
Indeks ini ialah Indeks Persepsi Rasuah yang dikumpul dari ahli perniagaan atau bisnes yang memberi mata dengan skala 0 hingga 10 dengan 10 (bersih dari rasuah) dan 0 (kadar rasuah yang amat tinggi). Indeks ini telah dirangka oleh Transparency International satu badan antarabangsa yang menganalisa ketelusan serta kadar rasuah di peringkat sejagat.

Friday, February 26, 2010

Kursus Gred Khas

PERKHIDMATAN MESRA RAKYAT BOLEH MENINGKATKAN IMEJ POLIS DIRAJA


Peranan PDRM

Sebagai warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang mengamalkan slogan ‘Tegas, Adil dan Berhemah’ serta konsep ‘Sedia Berkhidmat’, kita hendaklah sentiasa memberikan keutamaan kepada perkhidmatan yang berintegriti, profesional, cepat, telus dan berupaya menangani segala permasalahan yang dihadapi oleh rakyat.

Kehadiran pihak polis adalah penting dalam apa jua urusan rakyat tidak kira dimana jua. Namun dalam perlaksanaan konsep ‘Mesra Rakyat’ PDRM sama sekali tidak boleh mengenepikan peraturan dan undang-undang negara, walaupun menggunakan pendekatan kemesraan.

Tindakan polis yang lebih berkesan untuk mencegah jenayah ialah dengan adanya kerjasama dan penglibatan masyarakat. Polis dan masyarakat hendaklah bekerjasama untuk bersama-sama mewujudkan ketenteraman awam. Apabila kerjasama masyarakat dengan polis telah dapat ditingkatkan sudah pasti jenayah dapat dikurangkan.